Skim Pinjaman Perniagaan MARA.

pinjaman maraObjektif

Menyediakan kemudahan pembiayaan perniagaan ke arah menambah bilangan serta mempertingkatkan tahap usahawan Bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian bersaiz kecil dan sederhana (PKS).
Kadar pembiayaan maksimum : 4% setahun
Tempoh pembiayaan maksimum : Sehingga 15 tahun berdasarkan jenis skim pembiayaan
Jumlah pembiayaan maksimum : RM500,000 berdasarkan jenis skim pembiayaan
Institusi kewangan / Kementerian / Agensi pelaksana MARA

SYARAT KELAYAKAN

1. Warganegara Malaysia keturunan Melayu atau Bumiputera berumur 18 tahun ke atas.
2. Mempunyai lesen/permit/surat kebenaran dari pihak berkuasa untuk menjalankan perniagaan.
3. Menyediakan modal sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah kos projek.
4. Melibatkan diri sepenuh masa dalam perniagaan.
5. Menyediakan cagaran.
6. Diwajibkan menghadiri kursus keusahawanan jika pengalaman perniagaan kurang daripada 6 bulan.


Tujuan pembiayaan pinjaman
Pembelian aset dan modal pusingan
Sektor yang layak / Jenis pembiayaan
Semua sektor

JENIS BANTUAN / BENTUK PEMBIAYAAN

Skim pembiayaan am
  • Pembiayaan perniagaan bagi ahli profesional (RM250,000)
  • Pembiayaan perniagaan pengangkutan (RM250,000)
  • Pembiayaan peruncitan pasar mini (RM250,000)
  • Pembiayaan perniagaan bagi bekas pelatih IKM/Giat (RM50,000)
  • Pembiayaan perniagaan bekas peserta kursus/latihan MARA(RM250,000)
  • Pembiayaan tanpa cagaran & jaminan (RM50,000)
  • Pembiayaan pertanian (RM250,000)
  • Pembiayaan kenderaan untuk perkhidmatan teksi
Skim Pembiayaan kontrak
  • Pembiayaan kepada Kontrak Am atau Tetap (RM250,000)
  • Pembiayaan Sub-kontrak Konsep Payung (RM250,000-RM500,000)
  • Pembiayaan Kontrak untuk Kontraktor Cemerlang (RM250,000-RM500,000)
Skim Pembiayaan Khas Pembuatan dan Francais
  • Pembiayaan Khas Pembuatan, Perkhidmatan dan Pelancongan (RM500,000)

Prosedur permohonan

Untuk maklumat lanjut.. sila isi nama dan email dibawah.

Name
Email
Email Marketing by TrafficWave.net